Suka & Duka di Kem Jati Diri(Kemanisan Iman) di Tiram Indah Village..
Assalamualaikum..

Pada mulanya aq terkejut apabila ustazah telah menyatakan bahawa pihak PPD
telah memilih aq untuk menyertai KEM JATI DIRI (KEMANISAN IMAN)  di Ulu Tiram.
Aq mencuba mencari alasan supaya aq dapat dikecualikan dari ikut kem tersebut.Oleh kerana
 aq kesian dan prihatin terhadap ustazah( U.Zudah & U.Normala) aq memaksa diri
aq untuk ikut kem tersebut bersama kawan ku(AFIFI).



Hari Pertama: 12/7/12
 Hari tersebut aq memang pendiam sbb aq tak pandai nak berkenalan2 so pihak
urus setia telah menjadi perkenalan kami sebagai 1 game iaitu berbaris dan
 mengafal nama2 kenalan baru mengikut bulan lahir/tingkatan/sekolah.Di situ aq
dapat berkenalan dgn rakan2 yang baru dari sek dan latar belakang yg berbeza.
Serta dapat membentuk kumpulan yang terdiri dari 5 org ( Yus/Aqil/Izzat(Orang Kaya)/Anuar & aq)
Pada mulanya aq tak tahu yang sebenarnya majoriti ahli kumpulan aq adalah dari bilik(dorm) yang
sama tempat aq(Dorm Intan 5) tidur kecuali Anuar(Dorm Sebelah).

Malam:
Walaupun baru,aq cuba untuk menyesuaikan diri aq dengan rakan2 baru.Yang paling tak
suka tetapi terpaksa ikut ialah Qiamulail kerana aq tidur pukul 11.00 p.m then pukul 12.30 a.m dah
kena kejut bagun then ambik air sembahyang(dah lah sejuk!!!!) then kena  buat
solat sunat dhuha,thaubat dan tahajut..Then kita orang tido pukul 1.30 a.m

Hari kedua: 13/7/12
Walaupun mengantuk tetapi apa kan daya aq nie hanya manusia biasa,so kenalah sembahyang subuh
 & mandi pagi.Selesai solat subuh kita semua di berikan ceramah pagi then berearobik di dataran
Tiram Indah Village.Selesai senam kami semua diberi sarapan mee goreng.Selesai sudah kami  diberi
 lagi dengan ceramah bersama U.Zuhdah ( Ancaman 4S & 4F ).Disebabkan hari kedua terkena dengan
hari jumaat semua peserta di minta untuk bersiap untuk ke masjid kerana ingin menunaikan solat
sunat jumaat. Selesai solat jumaat semua perserta di minta untuk bersiap dengan pakaian lengkap
dan mendengar taklimat untuk aktiviti explorese( masuk hutan ).Setelah selesai taklimat,kami dibahagi
kepada beberapa kumpulan dan kumpulan kami terdiri daripada 8 orang
( 4 menengah( aq,yus,aqil,izzat(org kaya) & 4 rendah) dengan iringan U.Amirudin dari SMK KULAI BESAR.
Kami diamanahkan untuk menjaga dan mengawasi peserta rendah yang bersama kami.
Kami terpaksa melalui kawasan yang ada najis lembu,dan meniti tiang paip air yang sangat besar pernah
aq lihat.Yang paling menyukarkan kami ialah antara semua peserta kumpulan kami(rendah),seorang di antara
mereka ialah berbadan besar(gemuk) dan ia menjadi beban.Tetapi dari situ aq boleh nilaikan dan faham
erti kerjersama,bertanggungjawab,sifat kepimpinan(sebab aq jadi ketuan kumpulan),sabar & ambil berat.
Aq dilantik sebagai ketua kumpulan so aq perlu mengawasi semua peserta aq.Setelah selesai
check point 1&2 kami  perlu sampai ke check  point 3,dan perlu meredah dan melalui sungai(paya)
selama 5 minit.Pelbagai halangan yg ditempuhi seperti kayu,lantai pasir yang licin dan menjunam.
Sehingalah sampai ke check point 3 yang berdekatan tempat pengawasan U.Zuhdah & U.Normala.
Setelah selesai kami di minta untuk menaiki bukit dalam keadaan penat.Selesai aktiviti explorese.
Semua peserta berkumpul untuk menanti aktiviti sukaneka,tapi malangnya masa tidak mengucupi
dan sukaneka terpaksa ditunda pada hari esok.

Malam
Alhamdulilah kami semua di beritahu bahawa malam ini tiada qiamulail.So boleh la tido,tapi malangnya
wakil ppd ada buat ceramah then jadualnya akan abis pada pukul 11.00 tapi di ambis pukul 11.30
(dah la ngantuk & penat).Ustzah2 pon semua penat..so sbr jew lahh..he3..



Hari ketiga(terakhir) 14/7/2012
Hari terakhir dimulakan dgn sukaneka selepas subuh.Yang aq malu ialah semasa aq bawak telur
atas kepala,tibe2 jew telur tu berterabur..malu gilew..then selepas sukaneka semua peserta diminta
bersiap untuk Majlis Perasmian Penutup.Setelah selesai sukaneka semua pelajar diminta untuk
mengemas baju untuk pulang ke kediaman masing.Walaupon aq sedih jugak sbb harus berpisah
dgn org yg baru aq kenal,sebilik ngan aq..tetapi apa boleh buat..semua ialah takdir ALLAH s.w.t.
Selepas makan tengah hari,kami diminta untuk solat zohor dan berpisah dari rakan2 kami..

Kesimpulanya,aq harap semua kawan2 aq dlm keadaan sihat dan sejahtera.Aq juga selalu
memohon,berdoa dan berharap jika boleh pada suatu hari nanti kita dipertemukan dlm 1
perjumpaan formal seperti ini lagi..
Aq ialah org yg tidak suka bersosial(berkawan) kerana setiap pertemuan ada perpisahan.
Yang aq sedih dlm hari terakhir ini aq rase mcm aq hilang 7 org sekelip mata yg terdiri dari
5 org kawan baru dan 2 org yg pling rapat dgn ku..

Sekian TQ